Nuff Bin Nang

Wednesday, November 19, 2008

1st Trip Laynext


pelbagai usaha telah dilakukan...yang kat ujung tu En Syarafian (pakar dalam hutan).


En Aizat & En Alias ( travel guide-ni tempat dia ) huhu.....


Welcome to da club...
Dari kiri saye, En Afifi (UDM mari), Abg PD, Lias, Pian, Yo (Obama), Burn & Aizat.

Tuesday, November 18, 2008

Ambe dapat kisah ni daripada email ni lama dah 2 3 tahun lepas..tapi rasa nak kongsi ngan kawan2. Cerita yang bagi banyak pengajaran...

Jurnal Seorang Anak


Ayah aku baru meninggal 5/8/2002..3.25pm. Apa yang aku tuliskan
sini adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang,
untuk terus menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi
meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar.kerja semua jejauh.
Hidup ini seolah tiada erti....selama nie setiap suka duka....
pasti telefon dan maklumkan pada mak dan abah. Kalau naik gaji...
dapat keputusan bagus dll...pasti telefon mereka sepuya mereka gembira.
Kalau boleh mahu terus berada di perak menemani mak yang terus
menangis.


Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga
kanannya...... ini adalah kali pertama aku melihat kematian....masih
terbayang....abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas....
sambil
mengucap dan memejamkan mata.Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah
lebih
dari seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.


Sejam sebelum kematian ....sempat berbual dengan abah. Abah kata
kalau nak belikereta tunggulah 2005. Bila time AFTA nanti kereta
honda jatuh harga.Boleh lah bawak mak berjalan. Waktu tu abah dah
sihat...dah selera makan.
Pastu abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah
dan Mak baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah
ambik gambar kat kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office
jer.
Tapi abah kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear.
Tapi tak sangka esok nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad
pengenalan
aku,
sebaliknya buat sijil kematian abah.


Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
mengajak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah
masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring.
Sambil mulut mengucap dua kalimah syahadah.


Pertama kali pergi ke rumah mayat jenazah.Pertama kali naik van
jenazah,
pertama kali buat sijil kematian, pertama kali tak tidur 2 hari,
pertama kali asyik menangis, pertama kali menimbus kubur,
ertama kali menjirus air mawar...semuanya pertama kali.
Dan pertama kali juga takkan jumpa abah lagi.


Aku memandikan abah......memasangkan kain ihram sebagai kain kapan.
Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan....
pipi kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...
aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula.Ciuman ini adalah
ciuman terakhir. Semasa kecil aku salu cium abah.Tetapi apabila dah
besar sudah lama tidak mencium pipinya.Ya Allah..tuhan segala alam...
aku dan abang mengangkat jenazahnya...........dan mengebumikannya.
hati ini sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.


Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatannya kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.


Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah.
Abah seorang pendiam...... sabar.. dan alim....
Jemaah masjid...bendahari masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan
dilakukannya.
Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada
abah secara terus terang.Memang sayang abah... cuma... dengan
abah saya hormat dan memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan
emak...yang sentiasa berterus terang....
seringkali tidur di peha.


Kelmarin aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari.
Tiada apa yang ada dalam dairi itu melainkan perkara anak anak nya.
Semuanya berkisar tentang anak-anaknya .Aku sendiri tak ingat bila
aku beli kereta. Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria
hijau 1.6.....
abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu jam
1.00
pagi
aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat berkenaan
anaknya.
Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......Abah
catat
Kak Se keguguran.....
Abah catat Shaifol (abang sulung) ke KL......menangis kami semua
bila baca dairi tue....


Abah sayang anaknya.....tak pernah tunjuk...sebab abah lebih suka
mendiam dan tidak bercakap pasal orang.Begitu juga dengan orang
lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan berkenaan
anak-anaknya
sahaja.
Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu cakap
pasal
anaknye.
Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada macam korang".
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku salu fikir
aku
bukan anak yang baik.


Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta,
rumah, bil,kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku
nota kuliah subuh abah yang terbaru.....
catatan terakhir yang abah tulis "hati orang beriman sentiasa ingat
kubur"
...
abah gariskan perkataan ingat kubur....
dan kami bersyukur bahawa abah sememangnya telah bersiap sedia untuk
meninggal.Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di
kubur dan api neraka.Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper
pasti
dia dukung...
bawak berjalan...... cucu-cucunya setiap kali balik pasti nak tidur
sama.
Kini semuanya tiada.


YaALLAH....aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan...tanpa
Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak
kasi
abah seribu mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya...
abah meninggal 5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang
aru masuk 10hb Ogos 2002.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan
untuk majlis tahlil dan batu nisan untuk abah.


Tok Imam ada cakap kat kami...."kubur ayah dikorek...pastu ditanam...
tanahnya masih penuh kat tepi....terlebih tandanya seorang yang
pemurah....
sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih tak
cukup
tanah."
"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal" "Abah kamu
waktu
dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun takder"...perkara
itulah
menyedapkan hati kami....
untuk jadi seperti abah....


Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....aku memulangkan semula
duit
masjid dan buku akaun yang abah pegang selaku bendahari. Sambil mengira
kutipan
Jumaat hari itu tok imam dan bilal turut menangis....
"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board
tu".........


Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau
kerja
apa sekali pun....


Ya Allah. sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ....
Talkin buat abah masih segar...
"Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu
bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar" dan kita yang
hidup akan pergi juga....Lelaki berat tanggungjawabnya.... suami
menanggung
dosa isteri dan anak-anak.....isyaAllah selaku anak-anak kami telah
dibekalkan ilmu agama. Cuma aku kini telah lupa untuk mengamalkannya
sejak
mula bekerja setelah terlupa dgn nikmat Allah..Mak juga seorang yang
dan
solehah....saya yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam
menentukan Al -Mizan..


Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua....
tapi sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri
takut tak tenang hati teringat abah.


Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada....jadikan
iktibar.....
cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.


Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.Tunjukkan.


Al-fatihah....


Wassalam


Saturday, November 15, 2008

eXamm...


Lagi 2 paper..huhu.. Doakan semoga ambe bleh jawab dengan tenang..sem ni rasa malas sket dari sem2 sebelumnya..hehehe. Pas exam ni insyaAllah ambe upload pic trip2 LayNext sebelum ni. Geng2 LayNext sabar neh... Best Of Luck...

Monday, November 10, 2008

Trip x berapa menjadi.... Kenyir - Aring 08.

Banjaran kat depan tu kaw hutan simpan taman negara... Diambil dari salah satu tapak menara celcom kat Felda Aring... Tinggi gila tempat ni.

Banyak gile... huhu..... ni orang punye. tengok memang berkobar-kobar r.....

Inilah tongkang yang bakal kami naiki...huhu

Pemandangan biasa kenyir time bulan 10 -12 - Sg Pelanduk

Hari ke -2. Permandangan time pagi...pergkhhh memang nyaman ahhh...kalau x silap dalam pukul 7 setengah lebey kurang..


Eheeee.......

Ni la diantara hasil tangkapan...

Hehe...syok woo dok cini..

Kesan tanah tu tempat gajah lepak...garu perot dia..tgk dari kesan lumpur tu memang besa ahh...


Air dah kering...coz time ni diorang buka dam sebab musim tengkujuh...takut air penuh.

Ni time aku boring x tau nak snap ape..


Ni pon same..


Bestnyer kalau dapat kamera canon D'slr...huhuhu

rumput...

Pulau Pelanduk kat Sg Pelanduk kat Kenyir.
Pulang marilah pulang, marilah pulang bersama-sama.....tongkang kat belakang 2 penuh makanan. Hahaha...

Me n da geng....suar aku sume basah. Dah la aku sorang je bujang. hehehe


Sunday, November 9, 2008

eXam....

gUdluCk kat sume kengkawan.....all da best.

Thursday, November 6, 2008

CreReh In meMories

Baru2 ni dengar berita, tengok paper...tempat yang aku pernah camping 2 tahun lepas dah jadi empangan. Sedih... Tempat tu dulu memang best.. Suasana yang nyaman... Air yang jernih.. Udara bersih.. n yang paling penting tempat tu banyak ikan kelah, sebarau etc....huhu. Tapi time aku g tu tempat tu dah banyak gondol...mengikut kata abag aku (yang dah meneroka tempat tu lebih dari 10 tahun..hehehe) "dulu tempat ni lagi cantik....ada satu tempat diaorang bagi nama akurium..sebab banyak ikan..banyak gile... tapi tu dulu laa.....

hehe....keletihan... lebih 2 jam menapak...sebelah tu my bro..

ni la diantara spesis yang ada kat situ.......amacam?

ni laa sebahagian dari port tu...